Monday, August 24, 2009

10 perkataan yg biasa perempuan lafazkan


FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

PERGILAH!
(dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.

‘OKAY LAH’
bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening Yang Terangkat’.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.



Yang Comel,
LoveLy

Friday, August 14, 2009

Curang? Maafkan ataupun tidak..

Kecurangan masalah yang paling serius dan menyakitkan dalam perkahwinan. Walaupun pasangan suami isteri mengambil keputusan untuk bersatu kembali, namun sukar untuk pihak yang diduakan melupakan bayangan kecurangan lalu.

Si isteri/suami akan dihantui dengan pertanyaan: Siapa wanita/lelaki yang telah berjaya memikat hati suami/isteriku? Bagaimana penampilannya? Bagaimana suami/isteriku boleh tergoda dengan dia? Apalagi jika selama ini pihak yang berlaku curang itu tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami/isteri dan ayah/ibu.

Pertanyaan pokok: Mengapa dia boleh berlaku curang? Ada berbagai-bagai alasan kenapa. Antaranya, budaya patriak cenderung membenarkannya atau menganggapnya sesuatu yang biasa bagi seseorang lelaki. Meskipun kaum lelaki pada dasarnya memiliki kecenderungan untuk berlaku curang, kaum wanita juga mempunyai dorongan untuk tidak setia pada pasangan, walaupun alasan masing-masing berbeza.

Kedua-duanya boleh berlaku curang apabila ada kekecewaan atau hal-hal yang diharapkan tidak dipenuhi pasangan. Mengikut sesetengah pakar psikologi, wanita yang tertekan dalam hubungan dengan suami, atau memiliki suami yang sangat menuntut tetapi kurang memberikan perhatian, boleh tertarik pada lelaki lain yang dapat memberinya perhatian. Jika diputuskan untuk berlaku curang, ia adalah kerana situasi dalam diri individu itu sendiri.

Oleh kerana sebab-musabab terjadinya kecurangan itu pelbagai, maka lelaki berpenampilan baik pun boleh melakukannya. Mungkin dia merasakan tiada lagi benda-benda baru dalam perhubungannya yang tenang dan harmoni itu. Wanita pun apa kurangnya, apalagi dalam era di mana dunia kerja begitu terbuka dan membuka peluang untuk selalu bersua dengan orang-orang baru yang menarik. Pokoknya, kecenderungan berlaku curang ada pada manusia, jadi masing-masing perlu menjaga sikap diri sendiri dan sentiasa berkomunikasi dengan pasangan.

Untuk mengelak dari terpikat pada lelaki atau wanita lain, diperlukan niat atau kesungguhan dari dalam diri. Jika dituruti perasaan untuk menjalin hubungan emosi mahupun fizikal, akan ada sesuatu yang harus dikorbankan, sama ada perasaan isteri/suami, anak-anak atau orang tua.

Masalahnya, jika benar pasangan kita berlaku curang, relakah kita memaafkan dan menerimanya kembali? Atau mengambil sikap “tiada maaf bagimu”? Jawapannya bukan pada orang lain tetapi pada si individu itu sendiri. Baik suami atau isteri, mereka perlu bersikap jujur dalam memahami situasi, mengerti diri sendiri dan pasangan. Apakah kecurangan itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak boleh dielakkan? Apakah ini satu kesilapan yang memang sungguh dikesali pihak yang curang? Apakah dia memiliki banyak kualiti positif dibandingkan negatif?

Bila dipaksakan diri kita untuk kekal dalam satu perhubungan sementara pasangan yang lain sudah enggan, hubungan itu akan menjadi wadah neraka. Jika kita bersikap kepala batu, menolak sementara pihak yang lain sebenarnya amat kesal dan mahu berubah, kita sebenarnya juga tidak bahagia. Jadi, kita harus bersikap jujur untuk mengakui perasaan kita dan mengakui bagaimana sikap pasangan terhadap kita.

Kita juga harus sedari bahawa untuk menjalin hubungan seperti dahulu memerlukan waktu yang panjang. Luka akan menjadi parut dan parut mengambil masa yang lama untuk kembali reda wajahnya. Hal ini hanya akan berlaku jika anda sudah betul-betul memaafkan perbuatannya dan terus berusaha memperbaiki diri sendiri dan perhubungan kamu. Ingatlah saja hal-hal baik pada dirinya kerana mengingat hal-hal yang buruk hanya akan membuat anda sakit hati.

kredit : www.gua.com.my

Yang Comel,
LoveLy

Tuesday, August 4, 2009

Alone?

Paras rupaMemang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? Jangan sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat, setiap kita adalah unik!

Penampilan diriEven paras rupa menjadi point utama bagi seseorang lelaki, penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh, pakai baju macam sekadar ada je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak. Jaga penampilan anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana. Tunjukkan yang awak ini feminin.

Tutur bahasa dan adab sopanNi lagi satu pointnya. Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja seperti lelaki pula lagaknya. Mana lelaki yang tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya akan menurunkan saham perempuan itu. Lagipun, kan manis dan ayu kalau perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. Ayu, ayu gitu. Mesti ada yang terpikat nanti. ;))

Tidak yakin pada diri sendiri Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa kata? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang yang hebat.

Serik untuk berkapelMungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa. Untuk itu, anda perlu mengumpul semula semangat anda. Jangan ingat, anda telah putus cinta bermakna tiada hari esok untuk anda. Pupuk semangat dan kuatkan motivasi diri anda. :D


Yang Comel,
LoveLy

Perlukah kita tahu siapa Ex BF @ Ex GF kekasih kita?

Semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, tiba-tiba terlintas dalam fikiran saya samada perlu ke kita tahu siapa ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita. Hurm…memang best kalau kita dapat tahu. Tetapi adakah kita pasti yang tindakan kita tu betul.

Bagi pendapat saya, tidak perlulah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita tu. Kalau tahu pun, akan buat kita berasa marah dan tak suka. Menyampah lagi ada la. Mana tak nya, buat-buatnya kita ternampak yang ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita tu sedang syok berbalas-balas komen di Facebook mahupun Friendster, tak ke terasa hangat dalam hati ni. Haish!

Tetapi, kalau kita tahu siapa dia, mesti kita akan selidik sedalam-dalamnya pasal orang tu. Asal dia di mana, tempat tinggal dia, siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Kalau boleh, sampai hobi dan masakan kegemaran dia pun kita nak tahu. Kata orang, bolehlah kita lihat apa kekurangan kita dengan dia. Mana yang baik tu, kita ikut la. Yang mana tak elok tu, kita perbaiki diri lagi. Bagus juga tu.

Memang ada kebaikan dan kekurangannya kalau kita lihat perkara ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Tetapi terpulang kepada kita untuk memilihnya. Bagi saya, memang tak perlulah. Tak tahulah anda semua macam mana. Mungkin anda boleh kongsi-kongsikan cerita kalau ada.



Yang Comel,
LoveLy
10 TIPS MENOLAK CINTA SAHABAT KARIB

1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati.

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.

6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul.

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.

8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.

9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang.

10. Bertegas dengan penderian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya “KAU MASIH SAHABATKU”



Yang Comel,
LoveLy

Sunday, August 2, 2009

7 SEBAB CINTA TAK DIHARGAI

Kerana rindu padanya, namanya sering bermain-main dibibir dan pelbagai lain perasaan yang melanda hanya kerana kamu telah jatuh cinta padanya. Adakah kamu mahu mengakui kebenaran ini iaitu kamu sudah jatuh cinta padanya? Jika ya, kamu perlukan keberanian untuk berhadapan dan berterus terang dengannya.

Jika kamu memilih untuk memendam rasa atau pun menanti si dia yang akan meluahkannya, kamu perlu bersedia untuk menanti segala risiko. Sama ada si dia menerima kamu atau pun melupakan kamu kerana penat menanti jawapan dari kamu..

Sukar untuk menduga hati seseorang jika kamu tidak tahu bagaimana hendak menyelami lubuk hatinya. Apa pun keputusan kamu, ikut kata hati dan bukannya fikiran..
Hati tidak mampu membohongi diri kita sedangkan fikiran mempunyai pelbagai alasan untuak mencipta helah...

7 sebab CINTA tak dihargai...

1) TIDAK TAHU APAKAH MAKNANYA CINTA..
Ada juga yang ingin bercinta tetapi tidak tahu apakah maknanya sebuah percintaan. Selidik dahulu adakah kamu benar-benar memahami konsep cinta atau pun kamu perlu mempelajari makna disebalik cinta dahulu.

2) TIDAK TAHU MENGHARGAI NILAI SEBUAH CINTA
Bukan semua orang yang tahu menghargai nilai sebuah cinta. Cinta sering dianggap sebagai bahan kajian sama ada kita boleh melaluinya atau pun tidak. Jangan memperlekehkan perasaan cinta, kelak ia akan membakar diri sendiri.

3) HANYA SEKADAR SUKA-SUKA
Suka-suka untuk bercinta sering terjadi pada individu yang suka bertukar-tukar pasangan.. Jika suka, kamu akan mendekati dirinya.. Bila sudah jemu, mulalah timbul perasaan benci lalu kamu menjauhi dirinya.. Mengapa? Tanya pada hati!

4) TERPENGARUH
Terpengaruh dengan janji-janji manis si dia dan begitu mudah menyerahkan cinta bukanlah satu perkara yang boleh dianggap lewa. Hanya kerana terpengaruh, kamu menyerahkan cinta pada si dia tanpa terfikir, adakah benar kamu menyintai dirinya.

5) TEMAN KESUNYIAN.
Sering kali seseorang individu yang kesunyian setelah putus cinta akan lekas mencari pengganti. Sukar untuk hidup sendiri, bosan dan sentiasa mahukan teman membuatkan seseorang mudah meraih cinta. Cinta seperti ini bukan mudah untuk bertahan lama kerana tidak mengenali si dia dalam jangka masa lama dan terus mengikat janji.. Kesudahannya, kamu juga yang menyesal kerana tersalah pilih..

6) SAINGAN ORANG LAIN
Semata-mata mahu menyaingi orang lain terutamanya teman-teman rapat, kamu ingin sekali mencari kekasih.. Bila sudah ada kekasih, bolehlah menunjuk-nunjuk saham kamu juga laku.. Adalah 'point' kamu untuk berkata, "Yow.. aku pun ada juga!", pada teman-teman...

7) BERPURA-PURA..
Berpura-pura menyayangi si dia atas dasar simpati, tekanan diri keluarga atau pun ingin mempergunakan si dia untuk kepentingan kamu.. Contohnya, kamu mendampingi si dia kerana wang dan paras rupanya yang kacak/jelita atau pun keluarga yang ingin menyatukan kamu dengan dirinya membuatkan kamu terpaksa berpura-pura menerima si dia... HIPOKRIT!!...
CARA MENGUBATI KEKECEWAAN


Rasa kecewa atau kesal ada pada setiap orang. Bagi remaja, perasaan ini memang sudah sinonim. Masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah antara punca utama. Kebiasaannya apabila sudah terkena ‘penyakit’ kecewa, ramai yang sukar mengikisnya. Berasa kecewa atau kesal adalah normal, malah anda boleh dikatakan ‘tidak normal’ jika tidak pernah berasa kecewa sepanjang hidup! Bagaimanapun, jangan biar ia menguasai diri hingga mendorong anda bertindak luar dugaan dan mengalami tekanan yang boleh merosakkan diri dan kerjaya. Sebagai remaja, anda perlu mengharunginya dengan matang. Cuba belajar untuk mengubati kekecewaan. Tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan kerana jika kita yakin dan terus bersemangat pasti ada harapan pada masa depan. Berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa:

- Terima kenyataan
Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita. Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita. Hadapinya dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita insaf.
- Berfikir
Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan. Biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri.
-Berfikiran positif
Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagian yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi. Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.
- Luahkannya
Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan tekanan (stress). Apa yang penting, anda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang yang lebih rapat dengan anda. Bagi remaja, ibu bapa adalah individu paling sesuai. Jika anda mengadu, sedikit-sebanyak perasaan kecewa itu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda peroleh daripada mereka.
- Beri tumpuan pada hidup
Teruslah berusaha untuk mencapai matlamat diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga membuatkan anda kecewa.

KENAPA WANITA TERKENANG KEKASIH LAMA??


Dalam bab ni, lebih ditumpukan kepada perempuan yang ada bf atau pasangan yang baru sekarang.Kalau still single tu bab lain ya.

1. Kekasih atau pasangan sekarang ni tak sebaik dulu.

Ex-bf tak pernah pun tengok perempuan lain depan anda,bf sekarang ni buat pulak macam tu.Ini baru satu contoh yang banyak berlaku.Pasangan anda sekarang ni tidak seromantik yang dulu.Suka mengambil ringan perasaan anda dan banyak lagi perkara yang tindakannya membuatkan anda secara tidak langsung merindui dan teringat cara dan sikap kekasih lama.

2. Anda masih sayangkan kekasih yang lama.

Perasaan sayang masih lagi wujud dalam hati anda terhadap kekasih lama.Perasaan tersebut seolah-olah sukar sangat nak dibuang walaupun anda rasa dalam masa yang sama anda sayangkan kekasih sekarang ini.Walaupun sayang anda pada kekasih dulu tu dah kurang, tapi tetap ada sayang padanya yang membuatkan anda selalu jugak teringat kat dia.

3.Cinta yang sekarang hanya cinta bidan terjun

Selepas anda putus dengan ex dulu tu…adalah seorang lelaki(bf/pasangan sekarang la ni) yang jadi tempat anda curahkan masalah dan perasaan anda.Maklumlah tengah serabut fikiran dan “lonely” la katakan.Jadi perhubungan semakin rapat…lama-lama lelaki tu pun curahkan perasaan dia pada anda.Anda pun tak fikir panjang terimalah dia mungkin sebab masa tu anda rasa dia boleh mengisi dan mengubat hati yang lara.Jadi cinta sekarang yang bidan terjun ni takkan dapat melupakan perasaan anda pada ex dulu tu

4.Anda benci Lelaki

Ya,anda benci lelaki.Walaupun tidak anda sedar,pengalaman pahit anda dulu membuatkan anda membenci dan tidak percaya pada lelaki termasuklah pasangan anda sekarang.Oleh itu,masih ada ingatan tentang ex lama termasuk kenangan manis bersama dia yang kadangkala membuat anda masih teringat padanya.Kalau anda dalam golongan ini,anda perlukan bantuan!

5.Anda sebenarnya sekarang ini tidak bercinta!

Anda rasa bersama pasangan anda sekarang ini adalah satu perhubungan yang dinamakan cinta dan anda sedang berpasangan dengannya.Tetapi hakikat yang sebenar,jauh di sudut hati anda,anda tau anda masih menyintai bekas kekasih anda.Anda juga mungkin sedar perasaan ini dan masih meneruskan perhubungan dengan kekasih sekarang dengan harapan perasaan cinta terhadap kekasih anda sekarang akan wujud.