Friday, July 22, 2011

Rumahtangga Bahagia

ADA kalanya kasih sayang diuji dalam hubungan antara lelaki dan perempuan.

Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Hanya yang kuat, tabah dan tidak kenal erti putus asa akan menikmati kebahagiaan hingga ke akhir hayat perhubungan mereka.

Dalam soal memupuk kebahagiaan, ada pendapat mengatakan pasangan harus menempuh beberapa fasa dalam rumah tangga.

Berikut beberapa petua untuk pasangan mengekalkan kebahagiaan.

# Tunjukkan sayang terhadap isteri sama ada melalui kata-kata atau perbuatan seperti pelukan.

# Jauhi ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

# Apabila terlalu marah, kawal diri anda. Beristighfar dan bersalawat serta berwuduk.

# Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami isteri memerlukan bimbingan suami dan memahami tiada sesiapa terlepas melakukan kesilapan.

# Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali saat manis dulu atau ajak isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancong ke tempat indah.

# Jangan merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

# Jangan memuji wanita lain di depan atau belakang isteri.

# Hargai dan beri pujian kepada pengorbanan isteri.

# Bantu isteri melakukan kerja seharian di rumah seperti memasak dan mengemas.

# Fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan serta kesihatan isteri terutama ketika haid dan mengandung.

# Beri bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

# Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

# Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat suaminya.

Bagi mengeratkan lagi jalinan kasih, berikut adalah perisa untuk menambah kebahagiaan yang didamba.

# Bisikkan kasih sayang dari semasa ke semasa.

# Buktikan kasih sayang daripada suami seperti hadiah dan penghargaan, senyuman, perbualan mesra dan gurauan.

# Kerjasama mendidik anak, menyelesaikan masalah dan hal lain.



0 org dancing:

Post a Comment