Monday, August 24, 2009

10 perkataan yg biasa perempuan lafazkan


FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

PERGILAH!
(dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.

‘OKAY LAH’
bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening Yang Terangkat’.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.



Yang Comel,
LoveLy

Friday, August 14, 2009

Curang? Maafkan ataupun tidak..

Kecurangan masalah yang paling serius dan menyakitkan dalam perkahwinan. Walaupun pasangan suami isteri mengambil keputusan untuk bersatu kembali, namun sukar untuk pihak yang diduakan melupakan bayangan kecurangan lalu.

Si isteri/suami akan dihantui dengan pertanyaan: Siapa wanita/lelaki yang telah berjaya memikat hati suami/isteriku? Bagaimana penampilannya? Bagaimana suami/isteriku boleh tergoda dengan dia? Apalagi jika selama ini pihak yang berlaku curang itu tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami/isteri dan ayah/ibu.

Pertanyaan pokok: Mengapa dia boleh berlaku curang? Ada berbagai-bagai alasan kenapa. Antaranya, budaya patriak cenderung membenarkannya atau menganggapnya sesuatu yang biasa bagi seseorang lelaki. Meskipun kaum lelaki pada dasarnya memiliki kecenderungan untuk berlaku curang, kaum wanita juga mempunyai dorongan untuk tidak setia pada pasangan, walaupun alasan masing-masing berbeza.

Kedua-duanya boleh berlaku curang apabila ada kekecewaan atau hal-hal yang diharapkan tidak dipenuhi pasangan. Mengikut sesetengah pakar psikologi, wanita yang tertekan dalam hubungan dengan suami, atau memiliki suami yang sangat menuntut tetapi kurang memberikan perhatian, boleh tertarik pada lelaki lain yang dapat memberinya perhatian. Jika diputuskan untuk berlaku curang, ia adalah kerana situasi dalam diri individu itu sendiri.

Oleh kerana sebab-musabab terjadinya kecurangan itu pelbagai, maka lelaki berpenampilan baik pun boleh melakukannya. Mungkin dia merasakan tiada lagi benda-benda baru dalam perhubungannya yang tenang dan harmoni itu. Wanita pun apa kurangnya, apalagi dalam era di mana dunia kerja begitu terbuka dan membuka peluang untuk selalu bersua dengan orang-orang baru yang menarik. Pokoknya, kecenderungan berlaku curang ada pada manusia, jadi masing-masing perlu menjaga sikap diri sendiri dan sentiasa berkomunikasi dengan pasangan.

Untuk mengelak dari terpikat pada lelaki atau wanita lain, diperlukan niat atau kesungguhan dari dalam diri. Jika dituruti perasaan untuk menjalin hubungan emosi mahupun fizikal, akan ada sesuatu yang harus dikorbankan, sama ada perasaan isteri/suami, anak-anak atau orang tua.

Masalahnya, jika benar pasangan kita berlaku curang, relakah kita memaafkan dan menerimanya kembali? Atau mengambil sikap “tiada maaf bagimu”? Jawapannya bukan pada orang lain tetapi pada si individu itu sendiri. Baik suami atau isteri, mereka perlu bersikap jujur dalam memahami situasi, mengerti diri sendiri dan pasangan. Apakah kecurangan itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak boleh dielakkan? Apakah ini satu kesilapan yang memang sungguh dikesali pihak yang curang? Apakah dia memiliki banyak kualiti positif dibandingkan negatif?

Bila dipaksakan diri kita untuk kekal dalam satu perhubungan sementara pasangan yang lain sudah enggan, hubungan itu akan menjadi wadah neraka. Jika kita bersikap kepala batu, menolak sementara pihak yang lain sebenarnya amat kesal dan mahu berubah, kita sebenarnya juga tidak bahagia. Jadi, kita harus bersikap jujur untuk mengakui perasaan kita dan mengakui bagaimana sikap pasangan terhadap kita.

Kita juga harus sedari bahawa untuk menjalin hubungan seperti dahulu memerlukan waktu yang panjang. Luka akan menjadi parut dan parut mengambil masa yang lama untuk kembali reda wajahnya. Hal ini hanya akan berlaku jika anda sudah betul-betul memaafkan perbuatannya dan terus berusaha memperbaiki diri sendiri dan perhubungan kamu. Ingatlah saja hal-hal baik pada dirinya kerana mengingat hal-hal yang buruk hanya akan membuat anda sakit hati.

kredit : www.gua.com.my

Yang Comel,
LoveLy

Tuesday, August 4, 2009

Alone?

Paras rupaMemang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? Jangan sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat, setiap kita adalah unik!

Penampilan diriEven paras rupa menjadi point utama bagi seseorang lelaki, penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh, pakai baju macam sekadar ada je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak. Jaga penampilan anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana. Tunjukkan yang awak ini feminin.

Tutur bahasa dan adab sopanNi lagi satu pointnya. Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja seperti lelaki pula lagaknya. Mana lelaki yang tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya akan menurunkan saham perempuan itu. Lagipun, kan manis dan ayu kalau perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. Ayu, ayu gitu. Mesti ada yang terpikat nanti. ;))

Tidak yakin pada diri sendiri Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa kata? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang yang hebat.

Serik untuk berkapelMungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa. Untuk itu, anda perlu mengumpul semula semangat anda. Jangan ingat, anda telah putus cinta bermakna tiada hari esok untuk anda. Pupuk semangat dan kuatkan motivasi diri anda. :D


Yang Comel,
LoveLy

Perlukah kita tahu siapa Ex BF @ Ex GF kekasih kita?

Semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, tiba-tiba terlintas dalam fikiran saya samada perlu ke kita tahu siapa ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita. Hurm…memang best kalau kita dapat tahu. Tetapi adakah kita pasti yang tindakan kita tu betul.

Bagi pendapat saya, tidak perlulah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita tu. Kalau tahu pun, akan buat kita berasa marah dan tak suka. Menyampah lagi ada la. Mana tak nya, buat-buatnya kita ternampak yang ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita tu sedang syok berbalas-balas komen di Facebook mahupun Friendster, tak ke terasa hangat dalam hati ni. Haish!

Tetapi, kalau kita tahu siapa dia, mesti kita akan selidik sedalam-dalamnya pasal orang tu. Asal dia di mana, tempat tinggal dia, siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Kalau boleh, sampai hobi dan masakan kegemaran dia pun kita nak tahu. Kata orang, bolehlah kita lihat apa kekurangan kita dengan dia. Mana yang baik tu, kita ikut la. Yang mana tak elok tu, kita perbaiki diri lagi. Bagus juga tu.

Memang ada kebaikan dan kekurangannya kalau kita lihat perkara ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Tetapi terpulang kepada kita untuk memilihnya. Bagi saya, memang tak perlulah. Tak tahulah anda semua macam mana. Mungkin anda boleh kongsi-kongsikan cerita kalau ada.



Yang Comel,
LoveLy
10 TIPS MENOLAK CINTA SAHABAT KARIB

1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati.

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.

6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul.

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.

8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.

9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang.

10. Bertegas dengan penderian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya “KAU MASIH SAHABATKU”



Yang Comel,
LoveLy

Sunday, August 2, 2009

7 SEBAB CINTA TAK DIHARGAI

Kerana rindu padanya, namanya sering bermain-main dibibir dan pelbagai lain perasaan yang melanda hanya kerana kamu telah jatuh cinta padanya. Adakah kamu mahu mengakui kebenaran ini iaitu kamu sudah jatuh cinta padanya? Jika ya, kamu perlukan keberanian untuk berhadapan dan berterus terang dengannya.

Jika kamu memilih untuk memendam rasa atau pun menanti si dia yang akan meluahkannya, kamu perlu bersedia untuk menanti segala risiko. Sama ada si dia menerima kamu atau pun melupakan kamu kerana penat menanti jawapan dari kamu..

Sukar untuk menduga hati seseorang jika kamu tidak tahu bagaimana hendak menyelami lubuk hatinya. Apa pun keputusan kamu, ikut kata hati dan bukannya fikiran..
Hati tidak mampu membohongi diri kita sedangkan fikiran mempunyai pelbagai alasan untuak mencipta helah...

7 sebab CINTA tak dihargai...

1) TIDAK TAHU APAKAH MAKNANYA CINTA..
Ada juga yang ingin bercinta tetapi tidak tahu apakah maknanya sebuah percintaan. Selidik dahulu adakah kamu benar-benar memahami konsep cinta atau pun kamu perlu mempelajari makna disebalik cinta dahulu.

2) TIDAK TAHU MENGHARGAI NILAI SEBUAH CINTA
Bukan semua orang yang tahu menghargai nilai sebuah cinta. Cinta sering dianggap sebagai bahan kajian sama ada kita boleh melaluinya atau pun tidak. Jangan memperlekehkan perasaan cinta, kelak ia akan membakar diri sendiri.

3) HANYA SEKADAR SUKA-SUKA
Suka-suka untuk bercinta sering terjadi pada individu yang suka bertukar-tukar pasangan.. Jika suka, kamu akan mendekati dirinya.. Bila sudah jemu, mulalah timbul perasaan benci lalu kamu menjauhi dirinya.. Mengapa? Tanya pada hati!

4) TERPENGARUH
Terpengaruh dengan janji-janji manis si dia dan begitu mudah menyerahkan cinta bukanlah satu perkara yang boleh dianggap lewa. Hanya kerana terpengaruh, kamu menyerahkan cinta pada si dia tanpa terfikir, adakah benar kamu menyintai dirinya.

5) TEMAN KESUNYIAN.
Sering kali seseorang individu yang kesunyian setelah putus cinta akan lekas mencari pengganti. Sukar untuk hidup sendiri, bosan dan sentiasa mahukan teman membuatkan seseorang mudah meraih cinta. Cinta seperti ini bukan mudah untuk bertahan lama kerana tidak mengenali si dia dalam jangka masa lama dan terus mengikat janji.. Kesudahannya, kamu juga yang menyesal kerana tersalah pilih..

6) SAINGAN ORANG LAIN
Semata-mata mahu menyaingi orang lain terutamanya teman-teman rapat, kamu ingin sekali mencari kekasih.. Bila sudah ada kekasih, bolehlah menunjuk-nunjuk saham kamu juga laku.. Adalah 'point' kamu untuk berkata, "Yow.. aku pun ada juga!", pada teman-teman...

7) BERPURA-PURA..
Berpura-pura menyayangi si dia atas dasar simpati, tekanan diri keluarga atau pun ingin mempergunakan si dia untuk kepentingan kamu.. Contohnya, kamu mendampingi si dia kerana wang dan paras rupanya yang kacak/jelita atau pun keluarga yang ingin menyatukan kamu dengan dirinya membuatkan kamu terpaksa berpura-pura menerima si dia... HIPOKRIT!!...
CARA MENGUBATI KEKECEWAAN


Rasa kecewa atau kesal ada pada setiap orang. Bagi remaja, perasaan ini memang sudah sinonim. Masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah antara punca utama. Kebiasaannya apabila sudah terkena ‘penyakit’ kecewa, ramai yang sukar mengikisnya. Berasa kecewa atau kesal adalah normal, malah anda boleh dikatakan ‘tidak normal’ jika tidak pernah berasa kecewa sepanjang hidup! Bagaimanapun, jangan biar ia menguasai diri hingga mendorong anda bertindak luar dugaan dan mengalami tekanan yang boleh merosakkan diri dan kerjaya. Sebagai remaja, anda perlu mengharunginya dengan matang. Cuba belajar untuk mengubati kekecewaan. Tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan kerana jika kita yakin dan terus bersemangat pasti ada harapan pada masa depan. Berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa:

- Terima kenyataan
Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita. Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita. Hadapinya dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita insaf.
- Berfikir
Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan. Biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri.
-Berfikiran positif
Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagian yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi. Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.
- Luahkannya
Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan tekanan (stress). Apa yang penting, anda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang yang lebih rapat dengan anda. Bagi remaja, ibu bapa adalah individu paling sesuai. Jika anda mengadu, sedikit-sebanyak perasaan kecewa itu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda peroleh daripada mereka.
- Beri tumpuan pada hidup
Teruslah berusaha untuk mencapai matlamat diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga membuatkan anda kecewa.

KENAPA WANITA TERKENANG KEKASIH LAMA??


Dalam bab ni, lebih ditumpukan kepada perempuan yang ada bf atau pasangan yang baru sekarang.Kalau still single tu bab lain ya.

1. Kekasih atau pasangan sekarang ni tak sebaik dulu.

Ex-bf tak pernah pun tengok perempuan lain depan anda,bf sekarang ni buat pulak macam tu.Ini baru satu contoh yang banyak berlaku.Pasangan anda sekarang ni tidak seromantik yang dulu.Suka mengambil ringan perasaan anda dan banyak lagi perkara yang tindakannya membuatkan anda secara tidak langsung merindui dan teringat cara dan sikap kekasih lama.

2. Anda masih sayangkan kekasih yang lama.

Perasaan sayang masih lagi wujud dalam hati anda terhadap kekasih lama.Perasaan tersebut seolah-olah sukar sangat nak dibuang walaupun anda rasa dalam masa yang sama anda sayangkan kekasih sekarang ini.Walaupun sayang anda pada kekasih dulu tu dah kurang, tapi tetap ada sayang padanya yang membuatkan anda selalu jugak teringat kat dia.

3.Cinta yang sekarang hanya cinta bidan terjun

Selepas anda putus dengan ex dulu tu…adalah seorang lelaki(bf/pasangan sekarang la ni) yang jadi tempat anda curahkan masalah dan perasaan anda.Maklumlah tengah serabut fikiran dan “lonely” la katakan.Jadi perhubungan semakin rapat…lama-lama lelaki tu pun curahkan perasaan dia pada anda.Anda pun tak fikir panjang terimalah dia mungkin sebab masa tu anda rasa dia boleh mengisi dan mengubat hati yang lara.Jadi cinta sekarang yang bidan terjun ni takkan dapat melupakan perasaan anda pada ex dulu tu

4.Anda benci Lelaki

Ya,anda benci lelaki.Walaupun tidak anda sedar,pengalaman pahit anda dulu membuatkan anda membenci dan tidak percaya pada lelaki termasuklah pasangan anda sekarang.Oleh itu,masih ada ingatan tentang ex lama termasuk kenangan manis bersama dia yang kadangkala membuat anda masih teringat padanya.Kalau anda dalam golongan ini,anda perlukan bantuan!

5.Anda sebenarnya sekarang ini tidak bercinta!

Anda rasa bersama pasangan anda sekarang ini adalah satu perhubungan yang dinamakan cinta dan anda sedang berpasangan dengannya.Tetapi hakikat yang sebenar,jauh di sudut hati anda,anda tau anda masih menyintai bekas kekasih anda.Anda juga mungkin sedar perasaan ini dan masih meneruskan perhubungan dengan kekasih sekarang dengan harapan perasaan cinta terhadap kekasih anda sekarang akan wujud.

Friday, July 31, 2009

TIPS TEMUKAN CINTA SEJATI


Menemukan cinta sejati tidak
semudah membalik telapak tangan, perlu pemikiran dan kondisi yang ideal untuk
menentukan bahwa seseorang adalah cinta sejati Anda. Namun ada tips yang dapat
membantu menemukan cinta sejati. Ini dia!


1. Jangan mencarinya.

Cinta tidak datang pada seseorang yang mencarinya. Jika memang Anda baru saja mengakhiri suatu hubungan, fokuslah pada diri dan kehidupan pribadi terlebih dahulu. Tidak perlu terburu-buru mencari cinta yang baru, dan nikmati kesendirian Anda.


2. Beri waktu untuk diri sendiri.
Temukan aura positif Anda. Jika perasaan puas terhadap diri muncul, maka secara
otomatis aura positif itu akan terpancar. Dan orang di sekitar pun akan
melihatnya. Itulah daya tarik bagi diri Anda.


3. Jika sudah siap untuk membuka lembaran baru bagi hubungan

maka mulailah memilih karakter pasangan seperti apa yang diidamkan. Tak hanya dari segi fisik namun juga mental dan kepribadian.


4. Bergaul dan hang out.

Hal itu akan membuka kesempatan bagi Anda untuk bertemu orang baru. Siapa tahu salah satu di antara mereka adalah cinta sejati Anda.


5. Berani ambil risiko.

Jika suatu hari Anda bertemu dengan seseorang yang sesuai dengan kriteria cinta
sejati, jangan ragu untuk mengambil langkah. Mulailah perkenalan dan menjalin
hubungan. Karena kesempatan tak datang dua kali.


6. Yang paling penting, cintai diri Anda terlebih dahulu.

Hiduplah dengan bahagia dan jangan pernah melepaskan harapan. Yakinlah, setiap orang diciptakan berpasangan. Masalahnya hanyalah mendapatkan orang yang tepat, di waktu yang tepat.

Tips Elakkan Rasa Kecewa Putus Cinta (juz for fun)

1. Dalam keadaan yan g amat kecewa itu. Kuatkan semangat anda. Pergi ketempat yan g ada ramai orang. Bagi setiap orang yang ada temui, tanyakan mereka. “Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?”

2. Beli makanan banyak-banyak (sebaiknya makanan basah yang tidak tahan lama) jangan letakkan dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikan perubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Rekod dalam buku nota anda sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat,spora dan sebagainya.

3. Jika kita rindukan detik-detik waktu bergayut di telefon, dan kita terasa begitu sukar untuk melupakantabiat lama kita itu. Cepat-cepat angkat telefon, dail sebarang nombor103 Telekom Malaysia. Petugas-petugas Telekom Malaysia bersedia melayan sebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda dimarahi. Bagitahu mereka yang anda baru dikecewakan dan memerlukan seseorang untuk anda luahkan perasaan anda.

4. Sekiranya anda terasa terlalu rindu sehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buat senaman ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. Kemudian pergi ke dapur,alih semua almari dan peralatan yang hampir dengan dinding. Perhatikan sebarang pergerakkan lipas dan semut. Ekori mereka. Mereka mungkin,perompak yang di kehendaki oleh polis. Anda telah membantu menangkap penjenayah !!!

5. Anda rindu mendapat email dari si dia?Bukak account email baru yang dekat-dekat namanya macam email kekasih anda, dan compose email berbentuk cinta dan rindu. Hantarkan kepada email anda yang selalu anda gunakan untuk berhubung dengan dia.Taraaaaa!!! Checklah email anda yang asal itu. Anda pasti gembira mendapat email yang seolah-olah dari dia.

6. Marah pada dia? Itu adalah normal! Ambik bantal peluk anda. Pakaikan bantal peluk anda seperti anda ingin kekasih anda bergaya. Letakkan di hujung katil.Apabila anda telah bersedia, hamburkan segala yang terbuku di hati anda. Luahkan segala-galanya. Tapi awas, jangan sampai ada berlaku penderaan pada bantal kekabu anda. Sebarang luka-luka dan lebam tidakdi benarkan. Selepas anda rasa puas memarahi bantal tersebut. Bukakan pakaian dia, dan check sama ada berlaku sebarang pendarahan ataupun tekanan emosi pada bantal tersebut. Sekiranya tidak ada, peluk lah bantal tersebut dan tidur seperti biasa. Ulangi langkah tersebut sekiranya anda tidak berpuas hati dengan mainan dalaman anda.

7. Bukak tv dan tontonilah cerita cerita aksi. Bayangkan kekasih anda itu adalah orang jahat dan anda hero dalam filem tersebut. Setiap kali ada adegan tembak-menembak, pastikan anda melakukan aksi yang sama didepan tv. Semestinya anda akan berasa satu kepuasan apabila cerita tersebut tamat dan penjahat itu mati di tangan anda.

8.Jangan dengar lagu-lagu yang boleh mengingatkan anda kepada si dia.Anda masih di benarkan mendekati radio, tetapi putarkan lagu-lagu yanganda benci seperti keroncong, lagu-lagu melayu deli dan juga iramaasli. Bayangkan anda sedang menyanyikan lagu tersebut di telinga sidia, dan pastinya si dia akan menyampah apabila mendengarnya. Serikan nyanyian anda dengan aksi-aksi dan memek muka yang menjelekkan menandakan anda begitu marah dengan sikap si dia yang mengecewakan anda.

9. Tanam segala harta benda pemberian si dia. Kalau boleh poskan kesemuanya ke alamat rumah nenek anda untuk disimpan disana . Berilah kebenaran untuk nenek anda menggunakan apa yang dia rasa perlu. Contohnya teddy bear, biarkan nenek anda tidur dengan teddy bear tersebut. Anda pasti merasa satu melihat nenek anda gembira tidur berteman dan anda akan dapat melupakan si dia dengan pantas.

10. Untuk jalan mudah menenangkan hati dan fikiran anda ketika anda dikecewakan oleh pasangan anda? Lakukan semua perkara yang anda lakukan dalam keadaan terbalik. Anda berjalan terbalik. Anda menekan pedal minyak kereta dengan kaki kiri. Anda tidur berdiri. Anda menyapu dalam keadaan terlentang dan sebagainya. Variasikan pergerakkan anda. Ingat,setiap aksi yang anda lakukan memerlukan anda untuk belajar gaya baru.Anda pasti seronok dengan perkara baru yang anda lakukan ini. Dandengan mudah anda akan dapat melupakan si dia dalam sekelip mata sahaja.

Percintaan Jarak Jauh…




Ada sapa2 disana yang tengah bercinta jarak jauh? Mungkin ramai jugakan yang mempunyai cinta jenis jarak jauh ni.. mungkin berjauhan sebab si dia masuk U atau Kolej yang berada di tempat lain, luar negeri atau negara, atau si dia bekerja ataupun si dia dan anda memang berada di tempat berjauhan contoh bercinta melalui ruang siber atau SMS.. Semasa berjauhan anda pasti merindu si dia, atau anda pasti curiga mengenai si dia.. benarkah si dia jujur dan setia dengan anda.. disini saya ingin memberi sedikit tips untuk sesiapa yang bercinta jarak jauh..




  1. Anda harus sentiasa menghubungi si dia. Sekali sekala call si dia, dan selalu bermesej dengan dirinya.. sekiranya anda sibuk atau tak suka mesej selalu, jujur padanya.. beritahu yang anda sibuk atau penat. sebolehnya call si dia, supaya tak mesej pun xpa yang penting dpt dgr suara. dan mesej itu penting.. hanya itu penghubung yang mudah bagi anda berdua
  2. Jika anda mempunyai kelebihan budjet, anda bolehlah menggunakan 3G. Dengan 3G anda boleh menatap wajah si dia ataupun buat spot cek dimana dia berada. bila si dia kata dia kuar dengan teman2, anda boleh 3G si dia, dan melihat dimana dan dengan siapa dia berada. tak boleh lah kan nak menipu..kecuali tempat tu tiada line 3G hehe
  3. Tunjukkan anda menyayangi si dia dan akan ada untuk si dia, setiap kali si dia call anda atau mesej anda, anda sentiasa dapat menjawab tanpa sebarang masalah kecuali anda x perasan atau sibuk. tapi jika seharian panggilan x dijawab, mesej tak berbalas mesti ada sesuatukan?
  4. Apabila hari2 penting hadir seperti hari jadi si dia, hantarkanlah hadiah buat si dia. dan sentiasa ingat akan hari yang penting dalam hidup si dia. berikan hadiah yang istimewa buat si dia tak perlu yang mahal tetapi sesuatu yang ikhlas dari anda.
  5. Jika si dia sakit, korbankan sedikit masa buat si dia. Jika si dia sakit, janganlah anda pergi bersuka2 seperti keluar bersama2 teman2. sebolehnya temanilah si dia, dengan call bertanya khabar. ini menunjukkan biarpun anda berjauhan tetapi anda sentiasa dekat dengannya apalagi dalam keadaan si dia seperti itu.
  6. Anda dan si dia harus sentiasa berkomunikasi, supaya salah faham tidak terjadi. Jika anda syak akan dirinya, berbincang secara jujur jgn main tuduh melulu. Berfikir secara rasional dan pastikan anda tidak mengikut kata hati anda. Sesungguhnya untuk memusnahkan sesuatu perhubungan adalah mudah seperti menarik picu bom tangan..
  7. Mengenali semua teman2 si dia, sapa yang rapat dengan si dia, dengan siapa dia keluar. bukan nak mengawal, tapi hanya mengambil tahu. Lebih baik mencegah dari merawatkan? cemburu tanda sayang tapi bila berlebihan menjadi racun plak..
  8. Anda juga harus melakukan apa yang anda ingin pasangan anda lakukan seperti sentiasa berhubung, tak cemburu buta, sentiasa ambil berat diri si dia dan tidak bermain kayu 3. Jika anda melakukan begitu, pasti pasangan anda juga turut melakukan sedemikian.
  9. Anda dan si dia harus sentiasa bertolenrasi, give and take dalam apa jua perkara.
  10. Dan semestinya anda harus sentiasa berdoa agar hubungan anda akan bahagia selalu dan semakin erat walaupun jarak beribu batu. seperti bait2 lagu dato' siti nurhaliza sutramaya
    Jarak antara kita umpama pengukur pencintaan..
10 CARA MENJADI 'A GOOD DATE'

Di dalam dating, kesilapan lelaki mau pun wanita, yang selalu berlaku adalah, kita ingat dan rasa masa kita dating first time hari tu, HEBAT, Interesting or even great!

So, apabila kita dah TIDAK berpeluang untuk keluar date dengan the same person lagi…atau pasangan yang kita minat that date dengan kita hari tu dah tak jawb call atau tak return call…kita wondering, eh pasal apa ni? what did i do wrong?

“Masa dating hari tu best je…kita ketawa bersama…enjoy betul!”

Hati-hati…mungkin yang enjoy betul itu hanya anda seorang sahaja, yang sebenarnya pasangan anda langsung tidak terhibur malah boring pula. Jadi, adakah kita boleh tahu dia suka atau tidak sedari awal? Melalui pengalaman lama mungkin anda dapat mengagak. Tetapi sekiranya, kita agak kurang pengalaman…ada lebih kita careful dengan cara dating kita itu…

Alright, here are some good tips untuk menjadi pasangan dating yang baik, and hopefully a great one! :-

1. Senyum - Yes, senyum itu penting! Tengok Brother Love ni, asyik senyum je haaa, yang tak berapa hensem pun nampak macam manis je. Jumpa orang senyum je, keluar dating pun senyum je. Orang cakap apa ke benda pun senyum je hahaha…Seriously, memberi senyuman setiap masa kepada pasangan anda yang pertama kali keluar dengan anda itu, pasti akan membuatkan dia merasa selesa dan bagai dihargai. You senyum means, you suka lah keluar dengan dia kan? So, melekat je la dia kat muka you yang duk tersenyum tu. ;)

2. Berbual - Jangan bercakap terlalu banyak, instead…banyakkan mendengar. Tanyakan soalan yang boleh membuatkan dia bercerita. Tunjukkan anda berminat dengan cerita dia walaupun ia membosankan hehe…Ketawa dengan jokes dia walaupun ianya tidak kelakar sangat. Jangan pula anda menguap, sampai berair mata tu hehehe :lol: Instead, renungkan ke matanya dan lihat straight. JANGAN…sekali lagi, JANGAN sibuk nak bercerita kejayaan anda, kecuali jika ditanya. Jadikan diri anda agak lebih misteri dan biarkan dia tahu slowly…yang penting tahu diri dia, lebih.

3. Topik - Ingat, tontoni berita di tv sebelum keluar date atau baca newspaper. So anda lengkap dengan berita semasa. At least topik apa yang orang perbualkan anda juga boleh turut memperkatakan sesuatu. Yang penting apabila ilmu pengetahuan penuh di dada, anda pastinya dapat memulakan topik perbualan yang lebih menarik dan in trend! ALSO, paling penting…cari topik apa yang boleh ada kena mengena dengan pasangan anda. Sesuatu yang boleh relate to her/him …yang dia juga merasakan sama seperti you all rasa. Tak tahu? pasang spy laaa, investigate dia dulu before dating! :)

4. Perfume - Jangan pula keluar dating hapak je bau badan, hangit je ketiak tu…adoi :P Ramai tau macam ni. Aroma, bau-bauan, pewangi…ini penting! Kena bijak memilih bau yang agak selesa dan damai serta menyegarkan. Jangan sesekali menggunakan perfume yang heavy dan memedihkan hidung bila memakainya. Buatkan biar ia lighter baunya… Ini sesetengah tu kan, naaaa…spray habis seluruh tubuh, baju dan seluar. ADOI! A good perfume ni, cara dia…you spray ke hadapan you kemudian you berjalan merentas perfume yang you spray tadi…kira you kena baunya TIDAK direct!…barulah dia lighter…pasangan anda sure bertambah minat punyalah.

5. Pakaian - Baru-baru ni ada sorang lelaki ni tanya I pasal apa dia susah dapat awek… - Lu pakai baju pun kotor, seluar pun berbau busuk, macamana nak dapat girlfriend? Bukan nak suruh pakai yang branded! But at least presentable la kan. Pakaian yang bersih. Pakai smart sikit, kemas. Kalau nak rugged tu biar mengikut trend yang menarik dipandang orang. Barulah boleh keluar dating, dan pasangan kita pun bangga je berjalan dengan kita kan. Kalau wanita pun sama, kena smart sikit dan lebih santai la…seksi okay, tapi jangan seksa, terbongkah sana-sini… itu anda memberi sign kat dahi anda that you’re EASY!

6. Pertanyaan - Memberi soalan atau bertanyakan soalan tu, biarlah yang mudah untuk dijawabnya. Soalan yang dia tidak takut untk menjawab. Ini sesetengah tu kan, siap paksa-paksa lagi suruh jawab. “Jawablaa… jawablaa… beritahulaa, kalau tidak tak nak cakap dah” Adoi…boring tu beb. Tanyalah perkara-perkara biasa seperti hobi dia ke, minat muzik berentak bagaimana, filem atau drama apa yang selalu ditontonnya ke…simple things. Avoid complicated things or any about her/his past, its a Double NO!

7. Suara - Control beb! Pertama kali dating ni isshhh…suara tu perlahan sikit, kalau ketawa pun tutup mulut sikit. Sesetengah orang tu kan, ketawa punya lah kuat, bercakap pun kuat…sebabnya nak tarik perhatian orang. Nampak sangat desperado beb! Jangan nampak trying too much…So avoid dari bercakap kuat. Bercakap biar suara tu lembut, segar…baru lah semua orang bertambah minat dengan kita. Romantik boleh, tapi please, tak perlu nak buat suara manja-manja…baru 1st date ni, relaxxx…

8. Memuji - Ini adalah satu perkara wajib! hehe, pujilah mata dia ke, or rambut…or even his/her shoes. TAPI, jangan asyik memuji macam segala-gala dalam dunia ini tidak lebih daripadanya pula. Puji sekali dua…then concentrate on it. Sebagai contoh, puji kasutnya lawa. Then you boleh tanya, “beli kat mana? …diperbuat dari apa? Jangan pula puji, “Kasut you lawa la, baju you pun cantik, seluar you lagi kelas, mata you ayu betul, rambut you ikal mayang fulamak…” Oi! tak real la wei… :lol:

9. Where to go - Menonton wayang sounded seperti a great lovers place right? WRONG! Kalau boring untuk bercakap boleh pergi tengok wayang :) Nak tengok muka pun gelap je. Jadi, mana ada masa untuk enjoy dating tu? But it is a part of the outing or dating la. Tempat utama you should starts with is a CAFE! Orang ingat, meet up or go for a drink ni macam kawan biasa punya tempat…Noooo, that’s where lelaki dan wanita sama-sama mengayat begins. You boleh bertentang mata, you ada banyak masa bersama, baru happening. Cari Cafe yang lebih cozy, nyaman…kurang orang pergi. Here is where you can make jokes and laugh together. Boleh betul-betul get to know each other…

10. Menggatal - PERLU tetapi sedikit-sedikit sudahlah. Menggatal doesnt have to be kena pegang-pegang. Bercerita tentang cerita sex jokes tu pun kira macam menggatal la jugak. Kalau partner you ketawa…its a bonus. Kalau tak tu, you kena cari jalan lain. Ada 2 cara lagi, ONE : cuba buat-buat bercakap tentang hebatnya atau cantiknya body parts partner anda. Kalau dia layan, cantik! TWO : Bergurau dari dalam percakapan pun boleh jadi interesting jugak. Contohnya, bercakap sesuatu yang membayangkan ada 2 maksud. satu maksud the real thing, another maksud relate to sex. Again, kalau partner you ketawa, dia suka lah tu…kalau tak, change the topic laa. The menggatal part ni actually penting juga, untuk merapatkan lagi perhubungan.

*Whatever it is, kalau dia sudah menerima pelawaan anda untuk dating, dia sudah bersetuju untuk keluar dengan anda untuk pertama kalinya, ITU bermakna dia suka kan anda….dia mahu mengenali anda dengan lebih lanjut lagi. JADI…give him/her, the best time ever, make it special! barulah kita akan menjadi A GOOD DATE…dan tentu saja, saat untuk dating sekali lagi, dating kali ke 2 tuuu…is just around the corner ;)

Thursday, July 16, 2009

Tersurat dan Tersirat


Kepada yang lelaki, kalau perempuan cakap macam ni, so korang kena paham-paham la apa yang dorang maksudkan ye. Perempuan ni penuh dengan ayat yang tersurat dan tersirat. Ye lah, perempuan kan… ;))

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nakmasak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Kamu syok syok bercinta...

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Lelaki Hensem vs Lelaki Tak Hensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: Sudahlah hensem, kereta lawa siiott..
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: eleh, driver jak tu..

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Wednesday, July 15, 2009

wentworth miller


Bila benar2 jatuh dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh dgn relanya.Bahkan yg mabuk
sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat menangis amatlah payah. Diantara tanda2 yg jatuh dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu
lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan lain yg tidak ada urusan penting
dengannya .
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya .
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang
.

Tidak semestinya tepat, namun banyak yang tepat mengenainya…. :) cintailah … hehehe

12 Titik Ghairah Bagi Lelaki


1.BELAKANG TELINGA
Ada lelaki yang begitu sensitif dikawasan belakang telinga Jangankan dicumbu malah disentuh saja sudah membuatkan lelaki kegelian . Saat dicumbu ghairah lelaki akan mulai memuncak.Gesekan lidah akan menimbulkan rangsangan yang hebat.Kerana terlalu suka kadang kala lelaki akan memiringkan kepalanya bagi membuka peluang kepada pasangan untuk menjelajah lengkuk yang terletak dibelakang telinga.


2. TELINGA
Cuba teka kenapa pasangan anda seting mencumbui atau menjilat telinga anda Jawapannya ialah keran asi dia berharap anda akan memberi perhatianyang sama pada telinganya. Menurut penulis buku How to Be A Great Lover, hormon lelaki iaitu testosteron sangat mempengaruhi kepekaan daerah sekitar telinga. Maka tidak hairanlah jika rangsangan pada telinga lelaki lebih berkesan berbanding telinga wanita. Lelaki akan naik ghairah apabila cuping telinganya dikulum atau dihisap.


3. BAHAGIAN BAWAH TULANG TENGKORAK
Menurut ahli terapi pakar urut profesional biasanya akan mengelak kawasan urat nadi dan saraf yang tidak berotot. Kerana kawasan ini adalah daerah berbahaya dan pantang tersentuh. Daerah ini sangat sensitif terhadap sentuhan . Kulit dibahagian ini lebih nipis kerana banyak saraf yang berkumpul. Oleh itu lelaki mudah terangsang apabila disentuh. Sentuhan pada daerah berbahaya yang berada dibawah tulang tengkorak ini bolen membangkitkan ghairah. Usapan ringan di daerah ini dapat menambah keintiman anda dengan pasangan.


4. BAHAGIAN BAWAH LENGAN
Ramai yang mengakui sentuhan ringan di daerah ini iaitu dari pergelangan tangan hingga siku cukup untuk
merangsang ghairah. Tetapi sentuhan yang terlalu cepat dan kasar tidak akan menimbulkan sensasi erotis. Ciuman pada daerah ini akan menambahkan lagi rangsangan dan sudah pasti gejolak seks anda meluap- luap.


5. PANGKAL LEHER
Gigitan kecil ala vampire dibahagian otot besat yang terbentang dari leher hingga kebahu juga boleh memancing ghairah seksual lelaki . Ketegangan pada otot menambahkan lagi nikmat gigitan. Malahan ia kakan membuatkan anda berasa seolah-olah tidak sabar untuk melayar bahtera.


6. ATAS BIBIR
Bahagian muka paling sensitif terletak diatas bibir. Disitulah terletaknya hujung saraf perasa. Sentuhan selembut mana pun mampu membuat anda dalam keadaan aduhai.Apatah lagi bagi lelaki bermisai nipis. Bahagian ini boleh diusik dengan lidah. Sentuhan-sentuhan lembut seperti bulu ayam atau apa saja benda berbulu dan lembut akan membuat sentuhan lebih bermakna.


7. KULIT KEPALA
Antara sebab lelaki suka ke salon ialah kerana ketagih urutan di kepala.. Semua lelaki termasuk yang botak akan menyukai urutan dibahagian kepala , kulit dibahagian kepala sangat nipis dan menyimpan terlalu banyak sarang perasa. Untuk melakukannya cuba berbaring di riba pasangan dan minta dia ramas kepala anda. Ghairah anda dijamin akan menjalar.


8. PUTING
Puting lelaki amat sensitif tetapi ia sering diketepikan. Walhal sentuhan pada puting dapat mempercepatkan
proses orgasme. Ia disyorkansupayan pasangan anda meletakkan sebelah tangannya pada dada anda sambil jari jemarinya bermain-main lembut putting dada anda, manakala sebelah tangannya lagi mengusap lembut bahagian perut. Sudah tentu ghairah anda menggebu. Tapi ingat ! walau apa pun yang dibuatnya pada puting anda pastikan ia tidak deperlakukan denga kasar kerana ia akan menjejaskan ghairah.


9. TAPAK TANGAN
Tapak tangan antaradaerah yang sangat sensitif untuk dirangsang. Urat-urat kecil dibahagian ini begitu peka dengan geselan atau urutan. Jika diurut pada bahagian ini anda akan berasa cukup ghairah seolah-olah anda ingin melakukan hubungan seks ketika itu juga.


10. JEJAK CINTA
Jejak cinta terletak diantara pusat hingga ke rerembut kemaluan. Kawasan ini jika ditekan secara perlahan-lahan akan membangkitkan sentuhan erotis. Ia boleh dilakukan dengan gerakan melingkar menggunakan seluruh jari( ini boleh dicuba sendiri )


11. TULANG TONGKENG
Kedudukan tulang tongkeng terletak pada bahagian paling bawah tulang belakang. Daerah ini akan memberi kenikmatan tersendiri jika disentuh dengan lembut. Mengurut daerah ini dengan losyen boleh memberi kesan yang luar biasa kepada anda.


12. TULANG PINGGUL
Bahagian ini banyak terdapat saraf-saraf perasa kerana letaknya berdekatan dengan alat kelamin. Nafsu akan bergelora apabila kawasan ini diramas atau digigit.

KENAPA PEREMPUAN MUDAH MENANGIS


Hari ini aku nak buat satu entri yang konon-konon sangat menarik iaitu kenapa orang perempuan mudah menangis. Dan antara isi yang aku tiada idea nak disampaikan ialah adakah berbeda kualiti dalam tangisan sebenarnya ? Apakah maksud tangisan yang berkualiti ? Apa punca orang perempuan menangis ? Apa impak atau kesannya orang perempuan menangis ? Dan bagaimana nak menangani orang perempuan menangis.

Sebenarnya apa punca orang perempuan menangis ? Mengikut kaji selidik, ada 5 jenis tangisan yang betul betul berkualiti. Yang pertama ialah tangisan semasa orang bertaubat. Yang kedua ialah semasa bermunajat kepada Allah. Pukul 1, 2 pagi bangun untuk meminta ampun dan berdoa sambil menangis melelehkan airmata. Ketiga ialah mengenang pengorbanan Rasul, kisah lama sahabat-sahabat dalam perjuangan mereka. Keempat, menangis kerana tanda syukur kita kepadaNYA.Dan yang terakhir ialah menangis tanda kita bahagia semasa mencapai sesuatu kemenangan yang kita perjuangkan. Tangisan-tangisan yang lain termasuklah tangisan dalam kerinduan takde kualiti, takde maknanya. No class!

Mungkin dah memang menjadi trend orang perempuan ni menangis. Dan kalau tak menangis, mereka akan menonton filem-filem Hindustan yang sedih seperti Kabhi Kushi Kabhi Gham supaya mereka menangis. Hehe. Merapu lebih pula aku ni. Tetapi apa yang aku pura-pura terperanjat tentang kajian tangisan ni ialah rupanya komposisi ataupun consequent kandungan airmata adalah berbeza-beza mengikut sebab. Menangis sebab gembira, menangis sebab takut, menangis sebab jumpa hantu pocong terlepas dari muzium shah alam. Haha. Adeke hantu pocong diletakkan dalam cermin. Haduishhh. OK. Katakanlah menangis itu atas sebab-sebab yang berbeza, rupanya komposisi kimia dalam setiap tangisan juga akan berbeza. Tak sama. Haaa. Mana aku tahu ? Adalah. Hehe. Tapi memang benar. Bukan dongengan semata-mata.

Kenapa orang perempuan mudah menangis sebenarnya? Yang pertama ialah kita jangan lupa yang orang perempuan menangis sebab Allah jadikan tangisan itu untuk mencuci matanya dan membuang kimia-kimia yang menyebabkan stress dalam badan. Bila stress, ada kimia negative yang terbentuk dikeluarkan melalui air mata. Jadi orang perempuan menangis sebab nak mencuci mata. Orang lelaki cuci mata tengok gadis melayu yang cun cun, tetapi orang perempuan cuci mata dengan menangis. Agak-agak faham tak apa yang cuba aku terangkan ni ? Tak faham buat-buat paham jela. Ni baru yang pertama. Yang kedua ialah ramai orang perempuan menangis sebab stress. Dengan menangis mereka akan dapat melepaskan stress. Bila mereka menangis, emosi mereka turun pada tahap yang paling rendah. Emosi mereka akan reda selepas tidak kurang daripada 50 jam. Betul tak perempuan-perempuan sekalian ? Yang ketiga sebab orang perempuan banyak menangis adalah sebab emosi yang teruja, mereka tension, fed up dan sebagainya atas sesuatu perkara menyebabkan mereka menangis. Dan sebenarnya orang perempuan ni menangis sebab di samping sensitive, kekadang ada ugutan emosi ataupun emotional blackmail dalam diri mereka. Salah satu daripada ugutan emosi ialah putus cinta.

Persoalannya sekarang, apakah impak tangisan seseorang wanita itu pada orang lain ? orang yang menangis dia makin lega. Orang yang menangis matanya bersih dan sihat sebab dia menangis. Apabila menangis mendapat perhatian, dapat kemanjaan, dapat pujuk, dapat hadiah, dapat bunga kekadang sebab menangis punya pasal. Tapi kekadang orang menangis kena ingat yang melayan tangisan ini adalah sengsara, kekadang bingung dan kekadang fed up. Dan apabila orang perempuan menangis, dunia seolah-olah berhenti sebentar. The world stop for a moment because a woman cry. Kenapa pula berhenti sebentar ? Sebab bila orang perempuan menangis semua kelam kabit. Cikgu perempuan menangis satu kelas senyap. Yang student lelaki mula menyampah bila cikgu menangis. Tapi, pelajar perempuan lain pula halnya. Mereka akan sama-sama turut menangis. Pengalaman aku ni masa di tingkatan 5. Hoho. So, dunia berhenti sebentar bila orang perempuan menangis. Jadi, inilah antara impak-impak apabila orang perempuan menangis.

Dan sekarang aku akan cuba terangkan bagaimana nak menangani orang perempuan yang mudah menangis. Macam orang berpengalaman pula aku ni. OK. Orang yang mudah menangis terutamanya orang perempuan, tangisan mereka ni melaungkan satu suara hati.Mereka meraung untuk minta dibelai, minta disayangi dan minta dipamerkan kasih sayang. Kadang-kadang orang lelaki tidak perasan mereka kurang mempamerkan kasih sayang maka terpendam keinginan sampai mereka keluarkan dalam bentuk tangisan. Disangkakan mereka menangis atas sebab-sebab tertentu tetapi sebenarnya mereka menangis sebab sudah terbuku hatinya meminta kasih sayang yang amat kurang dipamerkan oleh orang yang diharapkan. Ini yang pertama. Yang kedua ialah, kalau orang perempuan menangis kita peluk, kita pujuk. Bagi yang muhrim la. Yang bukan muhrim tu jangan la gatal-gatal nak peluk. Memang nak kena penampar jepun sekali. Kalau orang laki-laki yang tidak pandai memujuk apa yang perlu dilakukan ialah cuma pegang dan peluk. Ini sebenarnya dapat meredakan tension perempuan tersebut. Tak percaya ? Sila tanya perempuan-perempuan di luar sana, apa kesan apabila mereka menangis kemudian abah atau abang diorang pegang dengan penuh kasih sayang apa yang mereka rasakan ? Confirm 99.99% jawapan yang mereka beri ialah mereka rasa lega, rasa disayangi, dan mereka dapat mengatasi kesedihan.

HORRIBLE JOBS

Selama ni aku rasakan kerja di tempat kerjaku yang paling menyusahkan. Berapa kali suda aku cakap mau berhenti kerja semata-mata perkara remeh. Boleh dianggarkan, sudah 5 kali aku cakap mau resign selama aku kerja d sini. Tapi, bila aku tgk org kirim email dgn aku, then aku tgk, barulah aku tau yang aku patut bersyukur dgn kerja ku sekarang ni..




Bersyukurlah dengan kerja kamu sekarang ni..

Sunday, July 12, 2009

6 Kesalahan Besar Dilakukan Semasa Berpacaran

MUNGKIN keadaan ini pernah menimpa diri anda. Keluar temu janji dengan seorang lelaki dan kembali ke rumah dengan perasaan gembira kerana merasakan diri telah bertemu jejaka idaman yang sempurna untuk dijadikan kekasih hati.

Malangnya, selepas malam itu, tiada langsung panggilan daripada si dia. Lelaki yang dikatakan sempurna dan sesuai buat anda itu seolah-olah ccuba menyepikan diri. Kenapa?

Sebabnya, anda mungkin berpandangan temu janji itu sempurna tetapi hakikatnya ia tidak seperti yang diharapkan. Ada kalanya, wanita kurang menyedari bahawa mereka telah melakukan beberapa kesalahan besar sehingga merosakkan temu janji tersebut.


1. Terlalu kerap bertemu janji tidak produktif.
Anda perlu tahu memilih temu janji. Jika bertemu dengan lelaki-lelaki yang tidak berguna, elakkan diri untuk terus bersama dengan mereka. Carilah alasan supaya mereka tidak lagi mengajak anda keluar.

Masalahnya, wanita selalunya tidak sabar. Mereka mahu apa yang diingini diperoleh pada saat itu juga. Inginkan ganjaran serta-merta. Tetapi, perlu juga diingat kadang-kala berbaloi untuk kita menunggu hadirnya seorang lelaki yang baik dalam hidup.

Mungkin, anda hanya berpeluang keluar temu janji sekali dalam setahun. Tetapi, ia berkemungkinan adalah yang terbaik berbanding terlalu kerap bertemu janji tetapi semuanya mengecewakan.


2. Keluar bersama teman-teman dengan harapan bertemu lelaki pujaan.
Apabila bersama teman-teman khususnya wanita, anda sebenarnya tidak akan didekati oleh lelaki. Sebabnya, lelaki bujang sebenarnya amat penakut. Ada teori menyatakan bahawa wanita yang keluar secara berkumpulan tidak akan menarik perhatian kaum lelaki.

Lelaki yang mempunyai kualiti tidak akan menghampiri kumpulan wanita tersebut dan kemudian mengajak anda keluar dengannya di hadapan teman-teman anda. Lelaki seperti itu tidak akan berani melakukannya. Jadi idea paling baik, keluarlah bersendirian.

Pilihlah meja terbaik untuk menikmati makanan atau minuman sambil membaca buku kegemaran anda. Berpura-pura anda sedang sibuk. Keadaan itu sebenarnya membuatkan anda lebih mudah didekati apatah lagi anda sedang bersendirian.


3. Wanita selalu beranggapan seorang lelaki akan menyukai mereka setelah si dia mula mengenali diri mereka.
Sebenarnya, pada saat bertemu, seseorang lelaki itu sudah tahu sama ada dirinya berminat dengan anda ataupun tidak. Dalam hidup seorang lelaki, tiada istilah 'memanaskan badan'.

Lelaki umpama mikrowave dan wanita pula seperti belanga. Wanita lambat merasai 'kehangatan', mereka selalunya akan mengumpul semua maklumat mengenai si dia kemudian mentafsirkan ia sebelum mengambil kata putus. Sedangkan lelaki mengetahui jawapannya dalam satu saat, ya atau tidak.


4. Terlalu bercerita dan berkongsi mengenai temu janji.
Wanita bujang terlalu menaruh kepercayaan kepada pasangan temu janjinya sehingga membuatkan dia menceritakan terlalu banyak kisah tentang dirinya.

Mereka sebenarnya sedang memberi dan melonggokkan maklumat kepada lelaki terbabit - terlalu banyak. Apa yang selalunya diluah wanita: "Saya kini berasa tenang sebab dia adalah rakan baik saya. Saya boleh bercerita dengannya tentang apa sahaja."

Hakikatnya, wanita sedang berada dalam keadaan gelisah dan bimbang sehinggakan mereka menceritakan segala kisah hidup mereka. Cuma, kadang kala kisah hidup mereka itu bukanlah satu kisah yang menarik untuk dikongsi bersama.


5. Tidak membenarkan lelaki bercakap.
Cara anda bercakap atau berbual kala keluar berpacaran sepatutnya seperti perlawanan tenis iaitu ada komunikasi dua hala. Tetapi, sepatutnya lelaki diberikan kuasa untuk bercakap lebih banyak daripada wanita. Tiga kali lebih banyak daripada wanita seperti nisbah 3:1.

Lelaki bercakap, bercakap dan bercakap kemudian barulah tiba giliran anda pula untuk meluahkan kata-kata. Namun, anda boleh menjawab pertanyaannya setiap kali si dia selesai berkata-kata.

Dan, kemudian anda juga boleh memulakan perbualan dengan bertanyakan soalan tetapi pastikan ia tidak lari daripada topik yang sedang diperbualkan.

Jangan pula terus bertanya: "Adakah awak ingin berkahwin? Apa perkara yang disukai oleh bekas teman wanita awak?" Ingat, jangan sesekali lakukan perkara itu. Sebaiknya, mulakan perbualan daripada topik atau cerita yang sedang dibualkan.


6. Lupa menjaga tingkah laku dan adab sopan.
Kunci utama pada satu temu janji yang berjaya adalah senyuman. Tawan hatinya dengan pandangan mata. Biarkan dia 'memimpin' pentas pertemuan itu dan anda hanya menyuntik perkara-perkara kecil yang dapat membantu menghangatkan suasana.

Contohnya, andai si dia memesan pencuci kulit dan anda berkongsi menikmatinya, katanya: "Inilah kek coklat paling enak dan saya gembira awak memilihnya."

Tingkah laku dan adab sopan, itulah kuncinya. Kebanyakan orang tidak menitikberatkan tentang perkara itu atau sengaja buat-buat lupa setiap kali keluar temu janji dengan si dia.

Friday, July 10, 2009

KUCING JANTAN @ LELAKI


Paparan saya, Tafsiran anda... just for release tensionn..!! ! dont take seriously...

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

Sila scroll ke bawah:


1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan ??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan . Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan .... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan .

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bukan yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)

** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga.... **




VIA : Alesyahana
3 TENTANG LELAKI YANG PATUT WANITA TAHU


1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!




2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.




3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!
RAHSIA TAPAK TANGAN LELAKI

Gusar dengan sikap mahupun identiti diri si dia yang diketemu beberapa hari lalu? Atau masih mencari kebenaran dalam perhubungan yang baru terjalin? Itu antara masalah yang melanda segelintir kaum wanita hari ini.

Tidak perlu bersusah payah untuk mengorek rahsia dirinya dengan memaksa si dia berterus-terang dengan setiap tindakannya. Cuba amati rahsia telapak tangannya secara diam-diam.

Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.
"Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya," ujar Gale.

Earth hand
Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.
Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.
Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.

Water hand
Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.
Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.
Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.

Air hand
Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.
Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.
Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.

Fire hand
Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.
Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.
Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tingi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.
Sekiranya kamu tidak bersikap bossy terhadapnya, dia pasti akan 'menenggelamkan' dirinya dalam hubungan yang penuh keterujaan bersama kamu.

Monday, July 6, 2009

Rahsia Disebalik kelahiran & Pasangan Ideal

Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.4

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.


Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

wedding websites