Friday, July 31, 2009

Percintaan Jarak Jauh…




Ada sapa2 disana yang tengah bercinta jarak jauh? Mungkin ramai jugakan yang mempunyai cinta jenis jarak jauh ni.. mungkin berjauhan sebab si dia masuk U atau Kolej yang berada di tempat lain, luar negeri atau negara, atau si dia bekerja ataupun si dia dan anda memang berada di tempat berjauhan contoh bercinta melalui ruang siber atau SMS.. Semasa berjauhan anda pasti merindu si dia, atau anda pasti curiga mengenai si dia.. benarkah si dia jujur dan setia dengan anda.. disini saya ingin memberi sedikit tips untuk sesiapa yang bercinta jarak jauh..




  1. Anda harus sentiasa menghubungi si dia. Sekali sekala call si dia, dan selalu bermesej dengan dirinya.. sekiranya anda sibuk atau tak suka mesej selalu, jujur padanya.. beritahu yang anda sibuk atau penat. sebolehnya call si dia, supaya tak mesej pun xpa yang penting dpt dgr suara. dan mesej itu penting.. hanya itu penghubung yang mudah bagi anda berdua
  2. Jika anda mempunyai kelebihan budjet, anda bolehlah menggunakan 3G. Dengan 3G anda boleh menatap wajah si dia ataupun buat spot cek dimana dia berada. bila si dia kata dia kuar dengan teman2, anda boleh 3G si dia, dan melihat dimana dan dengan siapa dia berada. tak boleh lah kan nak menipu..kecuali tempat tu tiada line 3G hehe
  3. Tunjukkan anda menyayangi si dia dan akan ada untuk si dia, setiap kali si dia call anda atau mesej anda, anda sentiasa dapat menjawab tanpa sebarang masalah kecuali anda x perasan atau sibuk. tapi jika seharian panggilan x dijawab, mesej tak berbalas mesti ada sesuatukan?
  4. Apabila hari2 penting hadir seperti hari jadi si dia, hantarkanlah hadiah buat si dia. dan sentiasa ingat akan hari yang penting dalam hidup si dia. berikan hadiah yang istimewa buat si dia tak perlu yang mahal tetapi sesuatu yang ikhlas dari anda.
  5. Jika si dia sakit, korbankan sedikit masa buat si dia. Jika si dia sakit, janganlah anda pergi bersuka2 seperti keluar bersama2 teman2. sebolehnya temanilah si dia, dengan call bertanya khabar. ini menunjukkan biarpun anda berjauhan tetapi anda sentiasa dekat dengannya apalagi dalam keadaan si dia seperti itu.
  6. Anda dan si dia harus sentiasa berkomunikasi, supaya salah faham tidak terjadi. Jika anda syak akan dirinya, berbincang secara jujur jgn main tuduh melulu. Berfikir secara rasional dan pastikan anda tidak mengikut kata hati anda. Sesungguhnya untuk memusnahkan sesuatu perhubungan adalah mudah seperti menarik picu bom tangan..
  7. Mengenali semua teman2 si dia, sapa yang rapat dengan si dia, dengan siapa dia keluar. bukan nak mengawal, tapi hanya mengambil tahu. Lebih baik mencegah dari merawatkan? cemburu tanda sayang tapi bila berlebihan menjadi racun plak..
  8. Anda juga harus melakukan apa yang anda ingin pasangan anda lakukan seperti sentiasa berhubung, tak cemburu buta, sentiasa ambil berat diri si dia dan tidak bermain kayu 3. Jika anda melakukan begitu, pasti pasangan anda juga turut melakukan sedemikian.
  9. Anda dan si dia harus sentiasa bertolenrasi, give and take dalam apa jua perkara.
  10. Dan semestinya anda harus sentiasa berdoa agar hubungan anda akan bahagia selalu dan semakin erat walaupun jarak beribu batu. seperti bait2 lagu dato' siti nurhaliza sutramaya
    Jarak antara kita umpama pengukur pencintaan..

0 org dancing:

Post a Comment


wedding websites