KENAPA PEREMPUAN MUDAH MENANGIS
Hari ini aku nak buat satu entri yang konon-konon sangat menarik iaitu kenapa orang perempuan mudah menangis. Dan antara isi yang aku tiada idea nak disampaikan ialah adakah berbeda kualiti dalam tangisan sebenarnya ? Apakah maksud tangisan yang berkualiti ? Apa punca orang perempuan menangis ? Apa impak atau kesannya orang perempuan menangis ? Dan bagaimana nak menangani orang perempuan menangis.
Sebenarnya apa punca orang perempuan menangis ? Mengikut kaji selidik, ada 5 jenis tangisan yang betul betul berkualiti. Yang pertama ialah tangisan semasa orang bertaubat. Yang kedua ialah semasa bermunajat kepada Allah. Pukul 1, 2 pagi bangun untuk meminta ampun dan berdoa sambil menangis melelehkan airmata. Ketiga ialah mengenang pengorbanan Rasul, kisah lama sahabat-sahabat dalam perjuangan mereka. Keempat, menangis kerana tanda syukur kita kepadaNYA.Dan yang terakhir ialah menangis tanda kita bahagia semasa mencapai sesuatu kemenangan yang kita perjuangkan. Tangisan-tangisan yang lain termasuklah tangisan dalam kerinduan takde kualiti, takde maknanya. No class!
Mungkin dah memang menjadi trend orang perempuan ni menangis. Dan kalau tak menangis, mereka akan menonton filem-filem Hindustan yang sedih seperti Kabhi Kushi Kabhi Gham supaya mereka menangis. Hehe. Merapu lebih pula aku ni. Tetapi apa yang aku pura-pura terperanjat tentang kajian tangisan ni ialah rupanya komposisi ataupun consequent kandungan airmata adalah berbeza-beza mengikut sebab. Menangis sebab gembira, menangis sebab takut, menangis sebab jumpa hantu pocong terlepas dari muzium shah alam. Haha. Adeke hantu pocong diletakkan dalam cermin. Haduishhh. OK. Katakanlah menangis itu atas sebab-sebab yang berbeza, rupanya komposisi kimia dalam setiap tangisan juga akan berbeza. Tak sama. Haaa. Mana aku tahu ? Adalah. Hehe. Tapi memang benar. Bukan dongengan semata-mata.
Kenapa orang perempuan mudah menangis sebenarnya? Yang pertama ialah kita jangan lupa yang orang perempuan menangis sebab Allah jadikan tangisan itu untuk mencuci matanya dan membuang kimia-kimia yang menyebabkan stress dalam badan. Bila stress, ada kimia negative yang terbentuk dikeluarkan melalui air mata. Jadi orang perempuan menangis sebab nak mencuci mata. Orang lelaki cuci mata tengok gadis melayu yang cun cun, tetapi orang perempuan cuci mata dengan menangis. Agak-agak faham tak apa yang cuba aku terangkan ni ? Tak faham buat-buat paham jela. Ni baru yang pertama. Yang kedua ialah ramai orang perempuan menangis sebab stress. Dengan menangis mereka akan dapat melepaskan stress. Bila mereka menangis, emosi mereka turun pada tahap yang paling rendah. Emosi mereka akan reda selepas tidak kurang daripada 50 jam. Betul tak perempuan-perempuan sekalian ? Yang ketiga sebab orang perempuan banyak menangis adalah sebab emosi yang teruja, mereka tension, fed up dan sebagainya atas sesuatu perkara menyebabkan mereka menangis. Dan sebenarnya orang perempuan ni menangis sebab di samping sensitive, kekadang ada ugutan emosi ataupun emotional blackmail dalam diri mereka. Salah satu daripada ugutan emosi ialah putus cinta.
Persoalannya sekarang, apakah impak tangisan seseorang wanita itu pada orang lain ? orang yang menangis dia makin lega. Orang yang menangis matanya bersih dan sihat sebab dia menangis. Apabila menangis mendapat perhatian, dapat kemanjaan, dapat pujuk, dapat hadiah, dapat bunga kekadang sebab menangis punya pasal. Tapi kekadang orang menangis kena ingat yang melayan tangisan ini adalah sengsara, kekadang bingung dan kekadang fed up. Dan apabila orang perempuan menangis, dunia seolah-olah berhenti sebentar. The world stop for a moment because a woman cry. Kenapa pula berhenti sebentar ? Sebab bila orang perempuan menangis semua kelam kabit. Cikgu perempuan menangis satu kelas senyap. Yang student lelaki mula menyampah bila cikgu menangis. Tapi, pelajar perempuan lain pula halnya. Mereka akan sama-sama turut menangis. Pengalaman aku ni masa di tingkatan 5. Hoho. So, dunia berhenti sebentar bila orang perempuan menangis. Jadi, inilah antara impak-impak apabila orang perempuan menangis.
Dan sekarang aku akan cuba terangkan bagaimana nak menangani orang perempuan yang mudah menangis. Macam orang berpengalaman pula aku ni. OK. Orang yang mudah menangis terutamanya orang perempuan, tangisan mereka ni melaungkan satu suara hati.Mereka meraung untuk minta dibelai, minta disayangi dan minta dipamerkan kasih sayang. Kadang-kadang orang lelaki tidak perasan mereka kurang mempamerkan kasih sayang maka terpendam keinginan sampai mereka keluarkan dalam bentuk tangisan. Disangkakan mereka menangis atas sebab-sebab tertentu tetapi sebenarnya mereka menangis sebab sudah terbuku hatinya meminta kasih sayang yang amat kurang dipamerkan oleh orang yang diharapkan. Ini yang pertama. Yang kedua ialah, kalau orang perempuan menangis kita peluk, kita pujuk. Bagi yang muhrim la. Yang bukan muhrim tu jangan la gatal-gatal nak peluk. Memang nak kena penampar jepun sekali. Kalau orang laki-laki yang tidak pandai memujuk apa yang perlu dilakukan ialah cuma pegang dan peluk. Ini sebenarnya dapat meredakan tension perempuan tersebut. Tak percaya ? Sila tanya perempuan-perempuan di luar sana, apa kesan apabila mereka menangis kemudian abah atau abang diorang pegang dengan penuh kasih sayang apa yang mereka rasakan ? Confirm 99.99% jawapan yang mereka beri ialah mereka rasa lega, rasa disayangi, dan mereka dapat mengatasi kesedihan.
0 org dancing:
Post a Comment