Di dalam dating, kesilapan lelaki mau pun wanita, yang selalu berlaku adalah, kita ingat dan rasa masa kita dating first time hari tu, HEBAT, Interesting or even great!
So, apabila kita dah TIDAK berpeluang untuk keluar date dengan the same person lagi…atau pasangan yang kita minat that date dengan kita hari tu dah tak jawb call atau tak return call…kita wondering, eh pasal apa ni? what did i do wrong?
“Masa dating hari tu best je…kita ketawa bersama…enjoy betul!”
Hati-hati…mungkin yang enjoy betul itu hanya anda seorang sahaja, yang sebenarnya pasangan anda langsung tidak terhibur malah boring pula. Jadi, adakah kita boleh tahu dia suka atau tidak sedari awal? Melalui pengalaman lama mungkin anda dapat mengagak. Tetapi sekiranya, kita agak kurang pengalaman…ada lebih kita careful dengan cara dating kita itu…
Alright, here are some good tips untuk menjadi pasangan dating yang baik, and hopefully a great one! :-
1. Senyum - Yes, senyum itu penting! Tengok Brother Love ni, asyik senyum je haaa, yang tak berapa hensem pun nampak macam manis je. Jumpa orang senyum je, keluar dating pun senyum je. Orang cakap apa ke benda pun senyum je hahaha…Seriously, memberi senyuman setiap masa kepada pasangan anda yang pertama kali keluar dengan anda itu, pasti akan membuatkan dia merasa selesa dan bagai dihargai. You senyum means, you suka lah keluar dengan dia kan? So, melekat je la dia kat muka you yang duk tersenyum tu. ;)
2. Berbual - Jangan bercakap terlalu banyak, instead…banyakkan mendengar. Tanyakan soalan yang boleh membuatkan dia bercerita. Tunjukkan anda berminat dengan cerita dia walaupun ia membosankan hehe…Ketawa dengan jokes dia walaupun ianya tidak kelakar sangat. Jangan pula anda menguap, sampai berair mata tu hehehe Instead, renungkan ke matanya dan lihat straight. JANGAN…sekali lagi, JANGAN sibuk nak bercerita kejayaan anda, kecuali jika ditanya. Jadikan diri anda agak lebih misteri dan biarkan dia tahu slowly…yang penting tahu diri dia, lebih.
3. Topik - Ingat, tontoni berita di tv sebelum keluar date atau baca newspaper. So anda lengkap dengan berita semasa. At least topik apa yang orang perbualkan anda juga boleh turut memperkatakan sesuatu. Yang penting apabila ilmu pengetahuan penuh di dada, anda pastinya dapat memulakan topik perbualan yang lebih menarik dan in trend! ALSO, paling penting…cari topik apa yang boleh ada kena mengena dengan pasangan anda. Sesuatu yang boleh relate to her/him …yang dia juga merasakan sama seperti you all rasa. Tak tahu? pasang spy laaa, investigate dia dulu before dating!
4. Perfume - Jangan pula keluar dating hapak je bau badan, hangit je ketiak tu…adoi Ramai tau macam ni. Aroma, bau-bauan, pewangi…ini penting! Kena bijak memilih bau yang agak selesa dan damai serta menyegarkan. Jangan sesekali menggunakan perfume yang heavy dan memedihkan hidung bila memakainya. Buatkan biar ia lighter baunya… Ini sesetengah tu kan, naaaa…spray habis seluruh tubuh, baju dan seluar. ADOI! A good perfume ni, cara dia…you spray ke hadapan you kemudian you berjalan merentas perfume yang you spray tadi…kira you kena baunya TIDAK direct!…barulah dia lighter…pasangan anda sure bertambah minat punyalah.
5. Pakaian - Baru-baru ni ada sorang lelaki ni tanya I pasal apa dia susah dapat awek… - Lu pakai baju pun kotor, seluar pun berbau busuk, macamana nak dapat girlfriend? Bukan nak suruh pakai yang branded! But at least presentable la kan. Pakaian yang bersih. Pakai smart sikit, kemas. Kalau nak rugged tu biar mengikut trend yang menarik dipandang orang. Barulah boleh keluar dating, dan pasangan kita pun bangga je berjalan dengan kita kan. Kalau wanita pun sama, kena smart sikit dan lebih santai la…seksi okay, tapi jangan seksa, terbongkah sana-sini… itu anda memberi sign kat dahi anda that you’re EASY!
6. Pertanyaan - Memberi soalan atau bertanyakan soalan tu, biarlah yang mudah untuk dijawabnya. Soalan yang dia tidak takut untk menjawab. Ini sesetengah tu kan, siap paksa-paksa lagi suruh jawab. “Jawablaa… jawablaa… beritahulaa, kalau tidak tak nak cakap dah” Adoi…boring tu beb. Tanyalah perkara-perkara biasa seperti hobi dia ke, minat muzik berentak bagaimana, filem atau drama apa yang selalu ditontonnya ke…simple things. Avoid complicated things or any about her/his past, its a Double NO!
7. Suara - Control beb! Pertama kali dating ni isshhh…suara tu perlahan sikit, kalau ketawa pun tutup mulut sikit. Sesetengah orang tu kan, ketawa punya lah kuat, bercakap pun kuat…sebabnya nak tarik perhatian orang. Nampak sangat desperado beb! Jangan nampak trying too much…So avoid dari bercakap kuat. Bercakap biar suara tu lembut, segar…baru lah semua orang bertambah minat dengan kita. Romantik boleh, tapi please, tak perlu nak buat suara manja-manja…baru 1st date ni, relaxxx…
8. Memuji - Ini adalah satu perkara wajib! hehe, pujilah mata dia ke, or rambut…or even his/her shoes. TAPI, jangan asyik memuji macam segala-gala dalam dunia ini tidak lebih daripadanya pula. Puji sekali dua…then concentrate on it. Sebagai contoh, puji kasutnya lawa. Then you boleh tanya, “beli kat mana? …diperbuat dari apa? Jangan pula puji, “Kasut you lawa la, baju you pun cantik, seluar you lagi kelas, mata you ayu betul, rambut you ikal mayang fulamak…” Oi! tak real la wei…
9. Where to go - Menonton wayang sounded seperti a great lovers place right? WRONG! Kalau boring untuk bercakap boleh pergi tengok wayang :) Nak tengok muka pun gelap je. Jadi, mana ada masa untuk enjoy dating tu? But it is a part of the outing or dating la. Tempat utama you should starts with is a CAFE! Orang ingat, meet up or go for a drink ni macam kawan biasa punya tempat…Noooo, that’s where lelaki dan wanita sama-sama mengayat begins. You boleh bertentang mata, you ada banyak masa bersama, baru happening. Cari Cafe yang lebih cozy, nyaman…kurang orang pergi. Here is where you can make jokes and laugh together. Boleh betul-betul get to know each other…
10. Menggatal - PERLU tetapi sedikit-sedikit sudahlah. Menggatal doesnt have to be kena pegang-pegang. Bercerita tentang cerita sex jokes tu pun kira macam menggatal la jugak. Kalau partner you ketawa…its a bonus. Kalau tak tu, you kena cari jalan lain. Ada 2 cara lagi, ONE : cuba buat-buat bercakap tentang hebatnya atau cantiknya body parts partner anda. Kalau dia layan, cantik! TWO : Bergurau dari dalam percakapan pun boleh jadi interesting jugak. Contohnya, bercakap sesuatu yang membayangkan ada 2 maksud. satu maksud the real thing, another maksud relate to sex. Again, kalau partner you ketawa, dia suka lah tu…kalau tak, change the topic laa. The menggatal part ni actually penting juga, untuk merapatkan lagi perhubungan.
*Whatever it is, kalau dia sudah menerima pelawaan anda untuk dating, dia sudah bersetuju untuk keluar dengan anda untuk pertama kalinya, ITU bermakna dia suka kan anda….dia mahu mengenali anda dengan lebih lanjut lagi. JADI…give him/her, the best time ever, make it special! barulah kita akan menjadi A GOOD DATE…dan tentu saja, saat untuk dating sekali lagi, dating kali ke 2 tuuu…is just around the corner
0 org dancing:
Post a Comment